Wednesday, July 17, 2013

POLITEKNIK PORT DICKSON :)

Name : MOHD IKMAL NIZAM BIN NORDIN
No i/c : 950203-14-5277
Address : B - 3 - 14 , DESA AMAN 1 , JALAN PANTAI MURNI , 
                PANTAI DALAM , 
                59200 , KUALA LUMPUR 
No Matrix : 06DSB13F1027
Department : CIVIL ENGINEERING
Course : DIPLOMA ARCHITECTURE



ARTIKEL 


Politeknik Port Dickson telah ditubuhkan pada tahun 1990 dengan keluasan 100 ekar. Ia merupakan politeknik keenam dibina bawah Bahagian Pengurusan Politeknik, Jabatan Pendidikan Teknikal, Kementerian Pendidikan Malaysia. Pembinaannya dibiayai sepenuhnya oleh Bank Dunia dan dapat menempatkan lebih kurang 1,200 pelajar sepenuh masa. Bermula dengan pengambilan seramai 120 orang pelajar pada tahun 1990, kemasukan telah meningkat kepada 3156 pelajar dalam pelbagai bidang.
Di bawah Rancangan Malaysia ke-7, politeknik ini telah diberi dana berjumlah RM55 juta untuk menaiktaraf kemudahan dan bangunannya. Politeknik ini telah membangun dengan jayanya menjelang penghujung tahun 2005. Setelah 15 tahun penubuhan, Politeknik Port Dickson telah menjadi salah sebuah institusi pengajian tinggi yang terkemuka di negara ini. Sehingga kini Politeknik Port Dickson telah melahirkan 9682 graduan untuk memasuki pelbagai sektor pekerjaan di negara ini.
Terdapat 6 jabatan akademik di Politeknik Port Dickson iaitu Jabatan Kejuruteraan Awam, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Perdagangan, Jabatan Matematik Sains dan Komputer serta Jabatan Pengajian Am. Selain itu terdapat 11 kursus diploma dan 5 kursus sijil yang ditawarkan di Politeknik Port Dickson.

JABATAN KEJUTERAAN AWAM 

PENGENALAN ;-


Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA) telah ditubuhkan pada Jun 1990 dengan dibantu oleh 9 orang kakitangan sahaja. Ia telah ditadbir oleh Tuan Haji Mahmod bin Haji Basar selaku Ketua Jabatan yang pertama dengan mempunyai hanya 30 orang pelajar sahaja. Pada pengambilan yang pertama, pelajar hanya mengambil kursus Sijil Kejuruteraan Awam (Pembinaan). Melalui perancangan yang terancang, bilangan kelas, makmal dan bengkel serta pengambilan pelajar dalam kursus terus meningkat. Kini Jabatan Kejuruteraan Awam Politeknik Port Dickson menawarkan kursus pada peringkat diploma bagi program kejuruteraan awam dan program seni bina.
Sehingga sesi Disember 2012, bilangan tenaga pengajar JKA ialah seramai 69 orang iaitu 21 untuk program seni bina dan 45 untuk program kejuruteraan awam.  Seterusnya bilangan pelajar yang aktif di kampus ialah seramai 1004 iaitu 653 untuk program kejuruteraan awam dan 351 untuk program seni bina. Usaha yang berterusan sentiasa dibuat oleh JKA untuk menjadikan jabatan ini salah sebuah pusat latihan yang efektif dan canggih yang mampu melahirkan juruteknik terlatih dalam bidang kejuruteraan awam serta seni bina. Ini terbukti dengan kejayaan para graduan pada pasaran pekerjaan sama ada dalam sektor awam meskipun swasta. Ini terbukti dengan kebolehpasaran pelajar dari JKA untuk lulusan Jun 2012 ialah 83.5%.  Statsitik kebolehpasaran pelajar ini adalah tertinggi berbanding dengan semua jabatan akademik yang lain di Politeknik Port Dickson.
JKA sentiasa berusaha membantu para pelajar lepasan sijil politeknik yang telah bekerja dengan mengambil Kursus Diploma Secara Sambilan (KSS) yang hanya dijalankan pada hujung minggu. Ini memberi peluang pada pelajar yang telah bekerja untuk mempertingkatkan lagi tahap pendidikan mereka. Buat masa ini JKA hanya menawarkan Kursus Diploma Secara Sambilan (KSS) untuk program seni bina.  Pada semester ini pelajar yang berdaftar di bawah ini ialah seramai 35 orang. Dibawah kepimpinan Cik Hajjah Azlin Ismail Effendi JKA telah menempa banyak kecemerlangan sepanjang tahun 2012 selaras dengan kehendak transformasi politeknik Malaysia. Di antara kejayaan yang dicapai oleh JKA pada tahun 2012 ialah seperti berikut.

DIPLOMA SENI BINA

PENGENALAN ;-

Program ini bertujuan membentuk kebolehan pelajar sebagai pereka bentuk dalam bidang seni bina. Pelajar-pelajar juga dilatih menyediakan kerja-kerja reka bentuk dan lukisan persembahan seni bina secara konvensional dan terbantu komputer.
Antara mata pelajarannya ialah Lukisan Seni Bina, Reka Bentuk Seni Bina, Bahan dan Binaan, Perkhidmatan Bangunan, Struktur Seni Bina, CADD, Sejarah Seni Bina, Sains Persekitaran dan Amalan Seni Bina.
Lulusan diploma mempunyai peluang pekerjaan yang meluas di firma-firma arkitek atau pembinaan sebagai Pembantu Arkitek atau pereka manakala di sektor awam mereka boleh bekerja di jabatan-jabatan kerajaan sebagai Pembantu Teknik Seni Bina atau melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi.

antara peralatan di dalam diploma seni bina :-